Hanya dengan 2 patah perkataan cukup membuat hati aku ni terguris! gara gara carlo rino, suami sendiri sanggup ngata aku mata duitan walhal aku tak insist pun nakkan carlo rino badly. aku pun faham dia dah belikan aku satu carlo rino last week. aku pun terima je kalau dia tak nak beli..tapi apa yang membuatkan aku terasa hati, dia kata aku mata duitan. suami ..suami.. bakal aku ni ingat kau tu suami. kalau kekasih, memang aku tinggalkan. bukan sebab carlo rino, tapi sebab mulut yang ringan sesenang nak mengguris hati isteri.. ntah ntah depan kawan kawan pun dia kutuk macam tu..
dahlah aku ni pernah dikatanya SETAN..gara gara tangan aku sejuk pegang lengan dia..SIKITTTT je yang aku buat, SETAN keluar dari mulut dia..
hati isteri mana yang tak tersentap. kadang kadang aku tertanya, suami sebegini harus dihormati atau sebaliknya? tepuk dada tanya selera..
kenapa harus kita jadi talam 2 muka? apa yang kita dapat? me seboleh bolehnya nak elak sifat talam 2 muka. kat ofis me, apa yang me nampak, majoritinya semua talam 2 muka sampaikan kadang kadang me rasa me terikut ikut dengan perangai dia orang. Astaghfirullah..
apa yang me nak luahkan di sini ialah me berasa jengkel dengan sikap dan perangai pembodek, busy body, suka show off dalam ofis me ni. ada yang suka bodek boss, ada yang suka mengambil barang ofis, ada yang suka curi tulang dengan membuang masa kat phone. bila mintak suruh buat kerja sikit, ikut suka dia cakap dia busy walhal dia tak buat kerja pun.. malah bergayut dengan phone ofis jer. golongan ni bijak, dengan mulut manis dia orang senang senang jer pikat hati 'vip' dalam ofis ni i.e hr, bosses so that dia org ni tutup mata sebelah jer kalau dia orang tak buat kerja. kadang kadang me terfikir, mungkin itulah perangai golongan ni.. kaki auta, kaki korek rahsia. yang amat menjengkelkan tu, tau pulak dia orang ni dengki bila tengok orang lain berbaik baik. siap bgai amaran lagi kata berhati hati dengan si anu sebab si anu tu pandai korek rahsia. mula tu bengonglah jugak dok ikut amaran dia.. sekali bila bukak mata betol betol, dia sendiri yang berperangai macam tu.. tak boleh percaya langsung! sudahnya, me tak berpihak pada sesiapa.. dengan si dia pun tak, dengan si anu pun tak. seelok eloknya me bawa diri dan buat hal sendiri jer, itu lebih baik.
ada tu pulak perasan tak tentu pasal nak jadi boss. watak dia ni suka bagi amaran..cakap pun cakap style boss! walhal dia baru lagi.. since dia masuk, banyak benda yang kena buat. benda senang jadi complicated. pastu bagi arahan satu persatu, sudahnya di lain hari dia pulak marah sebab document tak complete. walhal dia yang suruh / bg arahan??!!! bengong punya makhluk! kalau ye pun nak pandang rendah kat me, tengok diri tu kat cermin dulu la, tinggi ke rendah kau tu!
ada makhluk tu pulak, tak habis habis nak show off dlm ofis ni.. mulut pun serupa mcm mulut tempayan. segala benda segala hal tentang boss dia, semua dia nak cerita. Attire, accessories yang dia pakai pun dia nak tunjuk satu ofis. handbags semua branded disebut sebut.. walhal hampeh! pakai semahal manapun, kalau mulut tu mulut tempayan, hati busuk, memang tak berbaloi pun.. me memang tak layan dia ni .. dia je sibuk datang kat tempat me nak show off. dia ni pun tak reti malu.. even me tak layan dia, dia still nak busy body hal orang gak..
Assalamualaikum my blog..
mungkin belum terlambat me nak ucapkan Selamat Tahun baru 2011. lama blog me ni duduk diam. dan diam tak diam juga, kita dah menjengah ke tahun 2011. semoga tahun 2011 ini bakal memberi kejayaan kepada diri me. tapi, pada permulaan tahun 2011, hari yang ke-24 bulan pertama tahun 2011, me kehilangan atok yang tersayang. segalanya berlaku dalam sekelip mata. atok yang berusia 88 tahun kini telah tiada di depan mata dan pemergian nya amat dirindui. Al-Fatihah. Semoga Roh atok me bersemadi dengan tenang dan dilepaskan dari azab neraka dan diampunkan segala dosanya dunia dan akhirat. Semoga Roh atok juga ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin.
banyak kenangan bersama atok dan kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan ialah kami bersama sama pergi mengerjakan Umrah beberapa tahun yang lepas. Tapi, banyak mana kenangan sekali pun, kini atok dah tiada, hanya tinggal kenangan kenangan yang takkan luput diingatan.
Kini, tinggal nenek seorang. sejak pemergian atok, nenek sentiasa sakit. nenek hilang selera makan hinggakan banyak kali keluar masuk hospital. kesian nenek. Ya Allah Ya Tuhan ku, kembalikanlah kesihatan nenek ku.. sihatkan lah tubuh badannya agar dia dapat mendirikan ibadah kepadamu. Amin Ya Rabbal Alamin.
wahhh .. kira lama jugak me tak 'jenguk' blog me ni.. tadi hampir hampir terlupa macam mana nak xs blog sendiri . hehehe.. Mana me menghilang? me tak ke mana mana...me ada hanging around the corner jer busy buat hal sendiri.. busy dengan kerja me.. sampaikan me rasa malas nak update blog me ni.. tapi today me rasa nak update blog ni, by hook or crook..
Jumaat ni betday anak me yang pertama.. dah 10 tahun umur dia.. rasa tak percaya je kan? me nak buat celebration yang paling meriah setakat yang me mampu ... me nak anak anak me happy. demi anak anak, me tak berkira nak keluar belanja untuk celebration tu .. sekali lagi me katakan .. me nak anak anak me happy!!
beberapa hari lagi nak hujung minggu..
me awal awal dh plan nak buat laundry, kemas rumah, lipat pakaian, masak dan berehat kat rumah jer minggu ni tapi sebelum tu awal pagi sabtu tu me plan nak ke pasar tani setiawangsa dan kemudian ke Tailor utk hantar kain buat tempahan baju kurung modern buat persalinan di Hari raya nanti.. Raya tahun ni me tempah 4 pasang baju jer.. suami 2 pasang.. memadai lah.. 2 kurung modern n 2 kurung biasa. lepas raya boleh pakai untuk gi keje...
alangkah best nya kalau masa dapat diundurkan.. kalau Rabu lepas me sekarang ni berada di Miri atas urusan kerja.. gembiranya hati me dapat berjumpa dengan semua keluarga me kat sana.. tapi hari ini, me kembali bekerja seperti biasa.. rasa malas menguasai me..suasana dalam ofc ni pun sunyi ..hanya sesekali kedengaran bunyi suara ofcmate me berbual sesama sendiri.. berbincang tentang kerja.. Me? me buat apa? ... me tengah update blog me laaa...
setiap kali keluar bekerja kepala me akan ingat pada seseorang.. kenapa dia tak pernah luput dr ingatan me? adakah dia pun selalu ingat kat me? oh tidakkk... me dah anggap dia sejarah silam me.. me dah anggap dia lupakan me dan membenci me.. me dah anggap dia bahagia dengan anak isteri...dan yang penting me sekarang ni dah bahagia dengan suami me..suami me seorang yang cukup penyayang. suami me lah harapan me selama ini.. apa yang ada pada dia tapi tak da pada suami me, me tetap sayang suami me..tak mungkin me berpaling pada sejarah silam me..
Friday, June 4
pejam celik pejam celik, dah masuk bulan ke 6 dalam tahun 2010.. kdg2 rasa cepat, kdg2 rasa lambat.. tapi fikiran ni tetap sama mcm dulu jugak ..still teringat akan kisah silam yang banyak membawa sejarah dalam hidup aku.. suka duka pahit manis kehidupan sedikit sebanyak membuat aku menjadi seorang yang matang dan sentiasa berhati hati dalam apa jua yang aku lakukan..bukan mudah menjadi seorang perempuan yang pernah gagal dalam hidup..setiap penjuru mesti ada cabaran yang menunggu..hati terkecewa, terkilan, terluka, segala gala nya ada..tapi aku bukan lah seorang yang cepat berputus asa dalam hidup..3N menjadi penguat semangat ku sehinggakan aku bertungkus lumus mencari rezeki tanpa mengharapkan belas kesian sapa sapa waima suami aku sendiri. Nak dikira penat lelah, rasa nya memang dah terkata dah tapi perjuangan tetap aku teruskan demi 3N. Cahaya mata dan anugerah Tuhan yang paling berharga bagi ku..hidup mati ku adalah untuk mu sayang sayang ku...Hanya do'a yang terbaik yang sentiasa aku berikan, sedetik masa kalian tak pernah aku lupakan.. hati ini terlalu rindu untuk sentiasa bersama, tapi keadaan belum mengizinkan kita.. sabarlah sayang ku.. suatu masa kita akan bersama jua..Ya Allah Ya Tuhan ku.. Engkau berikanlah lindungan yang terbaik untuk buah hati ku.. jadikanlah mereka insan insan yang berguna dan berjasa dan berilmu.. Mudah kan lah rezeki kami Ya Allah.. PadaMu ku mohon agar suatu masa Engkau akan menyatukan kami semua dan hidup bahagia tanpa mengguriskan hati ssesiapa.. Amin Ya Rabbal Alamiinn..