Monday, October 25, 2010

hello buddy !!

wahhh .. kira lama jugak me tak 'jenguk' blog me ni.. tadi hampir hampir terlupa macam mana nak xs blog sendiri . hehehe.. Mana me menghilang? me tak ke mana mana...me ada hanging around the corner jer busy buat hal sendiri.. busy dengan kerja me.. sampaikan me rasa malas nak update blog me ni.. tapi today me rasa nak update blog ni, by hook or crook..

Jumaat ni betday anak me yang pertama.. dah 10 tahun umur dia.. rasa tak percaya je kan? me nak buat celebration yang paling meriah setakat yang me mampu ... me nak anak anak me happy. demi anak anak, me tak berkira nak keluar belanja untuk celebration tu .. sekali lagi me katakan .. me nak anak anak me happy!!


Tuesday, July 6, 2010

plan hujung minggu

beberapa hari lagi nak hujung minggu..
me awal awal dh plan nak buat laundry, kemas rumah, lipat pakaian, masak dan berehat kat rumah jer minggu ni tapi sebelum tu awal pagi sabtu tu me plan nak ke pasar tani setiawangsa dan kemudian ke Tailor utk hantar kain buat tempahan baju kurung modern buat persalinan di Hari raya nanti.. Raya tahun ni me tempah 4 pasang baju jer.. suami 2 pasang.. memadai lah.. 2 kurung modern n 2 kurung biasa. lepas raya boleh pakai untuk gi keje...

apa yang ku rasa tika ini

alangkah best nya kalau masa dapat diundurkan.. kalau Rabu lepas me sekarang ni berada di Miri atas urusan kerja.. gembiranya hati me dapat berjumpa dengan semua keluarga me kat sana.. tapi hari ini, me kembali bekerja seperti biasa.. rasa malas menguasai me..suasana dalam ofc ni pun sunyi ..hanya sesekali kedengaran bunyi suara ofcmate me berbual sesama sendiri.. berbincang tentang kerja.. Me? me buat apa? ... me tengah update blog me laaa...

setiap kali keluar bekerja kepala me akan ingat pada seseorang.. kenapa dia tak pernah luput dr ingatan me? adakah dia pun selalu ingat kat me? oh tidakkk... me dah anggap dia sejarah silam me.. me dah anggap dia lupakan me dan membenci me.. me dah anggap dia bahagia dengan anak isteri...dan yang penting me sekarang ni dah bahagia dengan suami me..suami me seorang yang cukup penyayang. suami me lah harapan me selama ini.. apa yang ada pada dia tapi tak da pada suami me, me tetap sayang suami me..
tak mungkin me berpaling pada sejarah silam me..

Thursday, June 3, 2010

Pendorong semangat ku..

Friday, June 4

pejam celik pejam celik, dah masuk bulan ke 6 dalam tahun 2010.. kdg2 rasa cepat, kdg2 rasa lambat.. tapi fikiran ni tetap sama mcm dulu jugak ..still teringat akan kisah silam yang banyak membawa sejarah dalam hidup aku.. suka duka pahit manis kehidupan sedikit sebanyak membuat aku menjadi seorang yang matang dan sentiasa berhati hati dalam apa jua yang aku lakukan..bukan mudah menjadi seorang perempuan yang pernah gagal dalam hidup..setiap penjuru mesti ada cabaran yang menunggu..hati terkecewa, terkilan, terluka, segala gala nya ada..tapi aku bukan lah seorang yang cepat berputus asa dalam hidup..3N menjadi penguat semangat ku sehinggakan aku bertungkus lumus mencari rezeki tanpa mengharapkan belas kesian sapa sapa waima suami aku sendiri. Nak dikira penat lelah, rasa nya memang dah terkata dah tapi perjuangan tetap aku teruskan demi 3N. Cahaya mata dan anugerah Tuhan yang paling berharga bagi ku..hidup mati ku adalah untuk mu sayang sayang ku...Hanya do'a yang terbaik yang sentiasa aku berikan, sedetik masa kalian tak pernah aku lupakan.. hati ini terlalu rindu untuk sentiasa bersama, tapi keadaan belum mengizinkan kita.. sabarlah sayang ku.. suatu masa kita akan bersama jua..Ya Allah Ya Tuhan ku.. Engkau berikanlah lindungan yang terbaik untuk buah hati ku.. jadikanlah mereka insan insan yang berguna dan berjasa dan berilmu.. Mudah kan lah rezeki kami Ya Allah.. PadaMu ku mohon agar suatu masa Engkau akan menyatukan kami semua dan hidup bahagia tanpa mengguriskan hati ssesiapa.. Amin Ya Rabbal Alamiinn..

Monday, May 31, 2010

2nd day gigi ku sakit

Adusss.. sakit lagi gigi ni .. tapi better sikit than yesterday.
Last nite aku ke dental clinic area taman Permata.. Clinic baru.. nampak bersih sangat..
Lepas maghrib aku dan suami keluar, dia hantarkan aku ke clinic tu sementara tu dia ke kedai alteration kejap, hantar seluar untuk di alter.. Aku pulak sorang2 masuk ke clinic tu, sunyi sepi, yang kedengaran suara tv, pastu riuh pikok orang clinic kat bahagian belakang. aku rasa dia orang solat pastu ada yang makan malam gak kot.. aku dengan sorang mamat just tunggu kat kaunter jer..sambil menunggu aku perati benda2 dlm clinic tu.. tak lama lepas tu datang sorang pempuan mengandung berbaju merah tanya nama dan suruh isi kad pesakit.. aku pun mengisi dan lepas tu kena tunggu.. dlm aku menunggu, suami aku datang, tiba tiba ramai pulak pesakit gigi yang datang..Boleh tahan laku jugak clinic gigi kat sini, malam2 pun ramai pesakit..
Dalam beberapa lama menunggu, tiba giliran aku dan bermula lah proses pemeriksaan ..mengikut kata doktor aku kena buat treatment terhadap gigi aku yang rosak tu.. akar gigi tu akan dibuang dan gigi akan ditampal !! kalau aku cabut gigi tu, aku kena pakai gigi palsu.. ohhh tidakkkkkkkkkkkk!!! kang susah aku nak jaga gigi palsu aku.. tertelan ke apa.. bahayaaaa...Dengan kos rawatan dan ubat yang aku dapat.. bayaran yang dikenakan ialah RM50.00.. pergghhh !!!

Balik dari clinic, aku ngan suami singgah makan kat Sri Melaka.. kami order Soto ayam.. punyalah ramai orang.. sampai makcik yang menjual soto tu lupa nak siapkan soto yang kami order..

Sunday, May 30, 2010

Sakitnya gigi aku..

Adussss..sakit giler gigi aku since mlm tadi.. makan pain killer pun still no help! Atas sebab itu, kat ofis aku buat hal aku sendiri, kurangkan bercakap,lagipun aku nak concentrate ngan keje pasal kerja aku so banyak untuk disiapkan..invoicing, Financial report, print pre-Q, receiving mails lagi...tapi aku dah siapkan semuanya satu demi satu..Aku ingat nak pergi jumpa dentist tapi entah bila..? Mungkin kah esok, mungkin kah lusa? Tapi sakit gigi ku semakin menjadi jadi..Ya Allah..kurangkan lah rasa kesakitan ini..

Ari ni aku dapat call dari mak mertua aku mengatakan wife adik ipar aku admit kat hospital. Pasal? Pasal dia demam selsema since Jumaat lepas and tiba2 ari ni dia sesak nafas.. Mlm semalam dah check kat hospital gak tapi keadaan makin teruk.. Dia disuspect H1N1..adusssssssssssss...biar benar..

Saturday, May 29, 2010

Hujung minggu yang panjang ..

Jam 3.20pm..
Just merehatkan diri di rumah. Cuaca ari ni nampak mcm redup.. tapi sesekali keluar gak matahari ..at least bolehlah mengeringkan laundry aku ari ni..
Rindunya aku kat famili aku di Sarawak.. pagi tadi aku 'jenguk' jap air fare Air Asia & MAS..mahal beb.. bukan takda duit tapi masalahnya rasa 'sayang' pulak nak 'buang duit'..RM500 tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....Begini la nasib bila diri di rantau orang... nasib baik ada suami yang boleh menyara kehidupan aku kat sini.. kalau sorang sorang duduk KL ni dengan gaji lumayan mana sekali pun, memang tak cukup gak...life cost kat KL ni tinggi sangat sangat..Fuel expenses utk sebulan je dah cecah RM300..Touch n Go top up RM100.. Makan minum 5 hari bekerja, RM50 x 4 minggu dah cecah RM200..tu tak termasuk parking lagi.. KL oh KL...

Tuesday, May 25, 2010

Cupcakes In The House!!!

Jam 2.20pm...
Nak
update blog ni kejap. Around 1pm, dpt sms dr adik ipar; "call balit, nabila mauk bercakap.."
So aku pun
immediately call... rupanya nabil & nabila nak suruh adik ipar ku buatkan cupcakes!! Bila dah tau mcm tu, aku automatically faham la bahawa aku kena bagi duit untuk beli bahan2 cupcakes. Well, i have no big deal with it.. Dengan segera aku mintak adik ipar ku berikan no akaun dia bg memudahkan aku transferkan duit untuk bahan cupcakes. Balik kerja petang ni aku kena singgah kat RHB, KLCC dengan harapan esok Nabil & Nabila akan mendapat cupcakes yang pelbagai corak dan warna!!! Cupcakes in da house!!

Yay!! Aku dah ada blog!!

Assalamualaikum semua!!
Selamat berkenalan..akhirnya aku berjaya kat sini..maka bermula lah satu episod dalam kehidupan harian di mana aku akan menjadi seorang penulis blog mengenai daily life aku sendiri.

Ari ni aku kurang mood nak concentrate dengan kerja setelah seminggu lepas aku berhempas pulas menyiapkan project paper / proposal. Penat beb...tiap hari boleh dikatakan pulang lewat (tapi takde lah selewat mana pun..).
Namun demikian, tak bermakna aku tak buat kerja langsung.. sekejap aku buat satu, berenti jap.. pastu buat lagi satu..akhirnya kerja untuk ari ni telah pun siap aku laksanakan... legaaaaaaaaaaaa..huhuu

Jam 3.40pm, sunyi betol suasana dlm ofis sekarang ni...i guess masing2 sibuk layan pc masing2, in otherwords, buat hal sendiri.. sekali sekala ada gak kolik dtg 'bertandang' kat tempat aku ni.. hehe.. at least tak da la boring sangat aku kat tempat ni..Sungguhpun demikian, ni hasil kerja aku untuk ari ni jugak.. cipta Blog sendiri.. huhuhuu..jangan marah boss!!

Balik keje ni aku ingat aku nak singgah kat KLCC.. nak transfer kan duit pastu nak 'lepak' kat Kinokuniya jap sementara tunggu hubby aku yang paling cool..(memang cool.. ) habis kerja. Dalam kepala ni dah plan nak invite cousins aku dinner tapi tak sure lagi bila..

Jam 4.05pm, minum time with aunty!! Normally mcm tu la.. jam 4 onwards aku akan meluangkan masa aku sekejap in pantry together with 'adik' aku dengan 'makcik' aku kat ofis ni..Aku nak stop kat sini dulu lah..insyaAllah, esok kalau tak de aral melintang aku akan kembali lagi..

Wassalam..

Words of the day : Rindu .... Miss, homesick